Tentang EverSweett

Tentang EverSweett

Pemanis EverSweett diolah daripada ekstrak Stevia yang SEMULAJADI dan tiada kalori. Ekstrak Stevia diperolehi daripada bahagian paling manis dalam daun Stevia dikenali sebagai Rebiana A (Reb-A).

Menurut Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association), pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan yang tidak baik termasuk kegemukan (obesiti), diabetis, tekanan darah tinggi, radang dan paras trigliserida yang tinggi, semuanya ini merupakan faktor risiko bagi penyakit jantung dan strok.

EverSweett merupakan sejenis pemanis yang hebat kerana ia adalah SEMULAJADI . Ia merupakan satu pilihan yang sihat untuk menjauhkan diri daripada GULA DAN PEMANIS-PEMANIS TIRUAN. Ia selamat digunakan dan tidak membawa sebarang kesan sampingan.