Panduan Menjaga Kaki Harian untuk penghidap Diabetes

  • Periksa kaki dan jari kaki anda setiap hari dan bersihkan dengan sabun yang lembut. Sabun yang kasar mungkin akan merosakkan kulit.

  • Rasakan suhu air dengan jari tangan anda atau siku sebelum memasukkan kaki ke dalam air kerana penghidap diabetes mungkin tidak boleh merasai air itu terlampau panas. Justeru, kelecuran boleh berlaku dengan mudah.

  • Perlahan-lahan lap dan keringkan kaki anda, terutamanya dicelah jari kaki. Jangkitan boleh berlaku di tempat yang lembap.

  • Jika kaki anda terlalu kering, ia mungkin merekah dan mungkin akan menyebabkan jangkitan. Lembutkan kulit yang kering dengan menyapu losen, jeli petroleum, lanolin, atau minyak. Elakkan daripada menyapu di celah jari kaki jika terdapat kudis.

  • Beritahu doktor anda dengan segera jika terdapat kudis, lecur, lebam, luka atau perubahan yang lain.

Diabetes dan Kerosakan Saraf

Kira-kira 60 hingga 70% orang yang menghidapi diabetes...  

Tip-tip Kesihatan

Ujian kandungan gula dalam darah yang kerap...  

Panduan Menjaga Kaki Harian

Periksa kaki dan jari kaki anda setiap hari dan bersihkan dengan...