Perihal Stevia
Pokok Stevia merupakan pokok renek yang hidup sepanjang tahun dan tergolong dalam keluarga pokok chrysanthemum. Pokok ini telah ditanam oleh Orang Asli Guarani di negeri Paraguay sejak berabad lamanya untuk dijadikan sebagai pemanis minuman teh mereka. Kemanisan daun Stevia datangnya daripada sebatian yang wujud secara semulajadi, dikenali sebagai glycosides. Kini pokok ini ditanam di banyak buah negara, seperti Paraguay, Brazil, China dan Jepun. Malah, orang Korea dan Jepun merupakan pengguna Stevia yang terbesar.