Minuman Sarat Gula dan Risiko terhadap Kesihatan

Ungkapan "anda adalah apa yang anda makan" tidak memberi gambaran sepenuhnya - kerana ia seharusnya merangkumi juga "anda adalah hasil daripada apa yang anda minum." Apa yang anda minum boleh mendatangkan bahaya kepada badan sepertimana juga apa yang anda makan. Meminum terlampau banyak minuman yang sarat gula boleh menyumbang terhadap obesiti perut dan dengan itu meningkatkan risiko anda menghadapi masalah kesihatan, seperti diabetes jenis II, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Sepanjang 20 tahun yang lepas, pasaran minuman yang sarat gula, seperti soda (minuman sarat gula yang berkarbonat), minuman buahan, minuman tenaga (untuk sukan), belum lagi termasuk minuman panas segera 3-dalam-1, didapati telah meningkat dengan begitu ketaranya.

Kandungan Gula yang Tinggi Dalam 'Minuman Kesihatan'

Kebanyakan pengguna jauh tersalah anggap tentang sebanyak gula yang harus terkandung dalam sesuatu minuman pilihan. Tentang perkara ini, para penyelidik dari University of Glasgow, Scotland, mendedahkan dalam satu laporan baru. Para penyelidik ini menyoal 2,005 individu merentasi seluruh negara untuk menganggarkan berapa banyak gula yang terkandung dalam sesetengah minuman popular. Mereka mendapati bahawa, secara umum, orang ramai berkecenderungan untuk sedikit melebihanggarkan kandungan gula dalam minuman soda (minuman bergas), manakala menguranganggarkan dengan serius paras gula dalam minuman "milk shakes", "smoothies" minuman tenaga dan beberapa jenis jus buah-buahan.

Kebanyakan garis panduan kesihatan menggalakkan orang ramai agar meminum minuman-minuman seperti jus oren dan jus apel untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Tetapi penemuan dua pasukan penyelidik British mempertikaikan nasihat ini - sebaliknya, mereka membuat kesimpulan bahawa jus buah-buahan seharusnya dielakkan.

Kajian ini mendapati bahkan jus buahan yang diperah segar sekalipun mungkin mengandungi sehingga sebanyak 5 sudu teh gula setiap gelas, sebab proses pemerahan itu akan menumpukan kemanisannya. Menurut penemuan kajian tersebut, ini merupakan kira-kira dua pertiga jumlah gula yang dijumpai dalam satu tin minuman soda, dan ini boleh menyumbangkan kepada obesiti dan juga mengganggu kesaksamaan paras gula darah dan metabolisme semulajadi badan.

Minuman Segera 3-Dalam-1 yang Sarat Gula

Tahukah anda bahawa minuman panas 3-dalam-1 yang anda biasa minum, seperti kopi putih, malt coklat, atau teh, mengandungi gula dengan jumlah yang banyak- purata antara 3-4 sudu teh dalam setiap hidangan? Oleh itu, dengan mengambil 2 cawan atau lebih minuman tersebut setiap hari, pasti anda telah melebihi kuota gula harian anda yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika, yang menetapkan tidak lebih daripada 6 sudu teh setiap hari sugar tambahan jika anda seorang perempuan dan 9 sudu teh jika anda orang lelaki.

Bagi ramai orang yang sedang bergelut dengan masalah berat badan, mengurangkan pengambilan minuman tersebut dan menggantikan dengan air sejuk sahaja atau minuman llain yang bebas gula, seperti minuman 3-dalam-1 bebas gula yang dimaniskan dengan 'stevia,' merupakan satu tindakan yang wajar sebagai sasaran pertama untuk membantu mengurangkan pengambilan kalori.

Ada berita baik untuk semua warga Malaysia yang suka makananmanis, sama ada yang menghidap diabetes atau tidak! Sekarang terdapat minuman 3-dalam-1 bebas gula yang dimaniskan dengan pati stevia semulajadi. Ini termasuk kopi putih yang menjadi kegemaran setiap orang. Jenis-jenis lain yang boleh didapati termasuk malt coklat dan oat dan bijirin yang juga merupakan pilihan popular.

Stevia - Kebaikan Daun yang Manis

Stevia, juga dikenali sebagai 'daun manis' atau Stevia rebaudiana, berasal dari Brazil dan Paraguay - ia adalah kira-kira 300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Pati stevia diperbuat daripada bahagian daun stevia yang paling manis yang dikenali sebagai Rebiana-A (Reb-A). Stevia tidak menaikkan paras gula darah, oleh itu ia merupakan pilihan unggul untuk para pesakit pra diabetes, diabetes serta mereka yang mengambil berat tentang kesihatan. Bukan seperti pemanis tiruan yang terbukti mempunyai banyak kesan buruk, stevia didapati selamat. Pada Disember 2008, Food and Drug Administration (FDA) U.S. dengan rasminya menganugerahkan status GRAS (generally recognized as safe) kepada Reb-A yang berketulenan tinggi. Malah, Japan telah meluluskan stevia sebagai pemanis sejak tahun 70-an lagi.

Apabila bercakap tentang kemanisan, tidak ada satu pemanis pun, sama ada semulajadi atau tiruan, yang boleh dibandingkan dengan gula, kerana gula merupakan 'piawaian emas' kemanisan - kita telah biasa makan gula sejak kita dilahirkan. Namun demikian, deria rasa kita boleh di latih semula dalam jangka masa yang tidak lama untuk merasai dan menikmati kemanisan semulajadi daun stevia. Bahkan, rasanya senang sahaja diterima dan dibiasakan. Stevia dianggap pengganti yang terbaik untuk gula tebu.

Kini anda boleh menikmati rasa kemanisan yang terbaik untuk anda dalam rangkaian minuman lazat, 3-dalam-1 kopi putih tanpa gula, malt coklat dan oat dan bijirin yang dimaniskan dengan stevia, pemanis semulajadi. Produk ini boleh didapati di farmasi persendirian, rangkaian farmasi yang terpilih, kedai runcit dan juga pasar mini di seluruh negara. Pilihlah minuman 3-dalam-1 tanpa gula ini dan kembalikan semula kemanisan dan kesihatan kepada hidup anda.
<< back

 


Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai minuman Eversweett 3-dalam-1 bebas gula, sila hubungi INFOline Eversweett 03-6142 6570 (Isnin-Jumaat: 9pg-5ptg) atau email: enquiries@eversweett.com atau layari www.eversweett.com