Eversweett - Keajaiban Stevia

Bukan senang untuk menerima hakikat jika ibu atau bapa anda didiagnoskan menghidapi diabetes. Perkara pertama yang pasti dipinta oleh doktor ialah mereka perlu menjauhi gula sama sekali! Ini bukannya senang untuk dilakukan, kerana mereka telah biasa dengan gula sepanjang hayat mereka. Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang membuatkan kita berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang mendapati sangat susah hendak meninggalkan gula.

Bahaya daripada gula

Kerajaan Malaysia membelanjakan berjuta ringgit untuk mendidik dan menyedari orang ramai tentang bahaya yang disebabkan oleh gula melalui kempen dan iklan - satu rayuan untuk mengurangkan pengambilan gula. Bagi penghidap diabetes, gula akan meningkatkan paras gula darah yang seterusnya akan meningkatkan risiko komplikasi yang melibatkan saraf, mata, buah pinggang dan jantung. Terlampau banyak garam, lemak, kolesterol dalam diet boleh menjejaskan jantung anda. Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association (AHA)) telah meletakkan gula tambahan dalam senarai ini. Menurut AHA, pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik, termasuk kegemukan (obesiti), diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida tinggi, semuanya ini merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok.

Apakah itu gula?

Gula pasir putih, juga dikenali sebagai sukrosa adalah bentuk gula paling biasa, tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk-bentuk lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa, madu dan sirap mapel.

Adakah kita mengambil terlampau banyak gula?

Rakyat Malaysia pada amnya mengambil lebih kurang sebanyak 19 sudu teh (76gm) gula tambahan setiap hari. Ini bermakna kira-kira 300 kalori daripada jumlah kalori harian anda datangnya daripada gula. Pakar kesihatan menganggap ini adalah jauh melebihi had. Berapa banyak gulakah yang patut kita ambil? Tidak lebih daripada 6 sudu teh (100 kalori) bagi wanita dan 9 sudu teh (150 kalori) bagi orang lelaki - sebagai yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika.

Satu tin jus oren atau kola mengandungi kira-kira 7 - 8 sudu teh gula! Mungkin anda terkejut mengetahui bahawa minuman 3-dalam-1 semuanya sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi 3 hingga 4 sudu teh gula. Makanan "kesihatan" lain seperti bijirin oat dan minuman berbijirin mungkin mengandungi sehingga 4 sudu teh gula! Bayangkan, jika anda meminum hanya 2-3 cawan minuman ini sehari! Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh AHA, iaitu 6 sudu teh bagi wanita dan 9 bagi lelaki. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda.

Pemanis-pemanis tiruan- aspartame, sukralosa, acesulfame-k, sakarin

Anda diberitahu bahawa pemanis tiruan ini adalah 'bebas gula' dan boleh menjadi satu pilihan baik untuk menggantikan gula. Tetapi soalnya adakah ia benar-benar selamat sebagaimana yang didakwa? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keselamatanya, sila layari laman web dengan menaip perkataan ini - 'aspartame; sucralose; side effects; dangers.'

Hari ini anda akan mendapati pemanis tiruan terdapat di dalam segenap makanan dan minuman, dari minuman berkarbonat dan yogurt sehingga ke makanan yang dimasak dengan ketuhar, malah minuman 3-dalam-1 sekalipun. Sebelum membeli, periksa label makanan untuk mengesan sebarang pemanis tiruan yang tersembunyi.

Pemanis semulajadi - ekstrak stevia

Juga dikenali sebagai 'daun manis' atau Stevia rebaudiana, stevia adalah kira-kira 300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Ekstrak stevia diperbuat daripada bahagian yang paling manis dalam daun stevia.

Di samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah selamat dan tiada kesan sampingan. Ekstrak stevia tidak mengandungi kalori dan tidak menaikkan paras gula darah. Oleh itu ia adalah pilihan unggul bagi penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.

Sebagai pemanis semulajadi, rasa stevia tidak seperti gula; namun ia tetap menjadi pengganti gula yang terbaik. (Jika diambil kira 'kemanisan', tidak ada pemanis lain sama ada semulajadi atau tiruan yang setanding dengan gula biasa, kerana gula sudah menjadi 'piawaian emas' sebab kita telah biasa dengan gula sejak kita dilahirkan.)

Minuman 3-dalam-1 bebas gula yang dimaniskan dengan ekstrak stevia

Menafikan ibu atau bapa anda keenakan kopi atau coklat malt adalah suatu agak menyedihkan. Berapa kalikah kita sebagai seorang anak mampu menegur ibu bapa kita agar tidak memasukkan gula ke dalam minuman mereka, tanpa menyinggung perasaan mereka serta melihat wajah kecewa menyelubungi muka mereka?

Tetapi, mujurlah ada jawapannya. Rakyat Malaysia yang menghidapi diabetes kini mempunyai 3 lagi sebab kenapa mereka boleh menikmati hari mereka dengan mengambil minuman 3-dalam-1 yang lazat dan bebas gula yang datangnya dalam 3 rasa menarik - kopi putih, coklat malt dan oat dan bijirin (vanilla) dimaniskan dengan stevia, pemanis semulajadi. Cubalah hari ini juga! Ia akan membangkitkan semula kemanisan dalam hidup anda. Minuman 3-dalam-1 bebas gula sangat disyorkan untuk anda. Ia adalah pilihan yang lebih sihat!

Minuman Eversweett 3-dalam-1 bebas gula boleh dibeli di semua kedai farmasi persendirian, rangkaian-rangkaian farmasi terpilih, kedai runcit dan pasar mini di seluruh negara.
<< back

 


Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai minuman Eversweett 3-dalam-1 bebas gula, sila hubungi INFOline Eversweett 03-6142 6570 (Isnin-Jumaat: 9pg-5ptg) atau email: enquiries@eversweett.com atau layari www.eversweett.com