Kita semua tahu perkataan 'gula' digunakan bukan sahaja untuk menggambarkan rasa manis, tetapi juga untuk membayangkan sesuatu yang enak atau menyenangkan hati; contohnya, ungkapan "la dolce vita" dalam bahasa Itali bermakna "Kemanisan hidup" atau "hidup yang bahagia". Rasa manis gula merembeskan hormon rasa seronok dalam otak; ini mungkin menerangkan mengapa ramai orang mempunyai ketagihan terhadap gula.
Sebenarnya, gula telah dilabelkan dengan pelbagai nama dan gambaran yang buruk, selain daripada apa yang elok dan baik. Gula disifatkan sebagai "pembunuh", "dadah", "toksik", "racun", "pembawa maut", "berbahaya", "jahat", "menagihkan". Saya lebih menyukai perkataan "racun" sebagai satu perkataan yang paling baik untuk menggambarkan gula. "Racun" ditakrifkan sebagai "mana-mana jisim yang jika digunapakai dalam badan, dimasukkan atau dikembangkan di dalam badan, akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan kemunculan sesuatu penyakit."
Ancaman gula
Pakar kesihatan kini sedang berdebat di kalangan mereka sama ada gula cukup berbahaya untuk diklasifikasikan dalam kategori yang sama seperti tembakau dan alkohol. Pasti akhirnya, gula akan membawa kepada krisis kesihatan awam; oleh itu setiap orang hendaklah berusaha untuk menghadkan penggunaannya. Malaysia merupakan negara pengguna gula yang kelapan paling tinggi di dunia dan keempat di Asia. Kerajaan Malaysia membelanjakan berjuta ringgit untuk mendidik orang awam mengenai bahaya gula melalui kempen dan iklan - ini merupakan rayuan kepada orang ramai untuk mengurangkan pengambilan gula. Mengikut perangkaan, secara purata seorang warganegara Malaysia mengambil 19 sudu teh gula setiap hari! Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan tidak lebih daripada 6 sudu teh setiap hari gula tambahan bagi wanita dan tidak lebih daripada 9 sudu teh bagi lelaki.
Menurut Persatuan Jantung Amerika (AHA), pengambilan gula yang tinggi membawa kepada keadaan kesihatan yang tidak baik, termasuklah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, radang dan paras trigliserida yang tinggi. Semuanya merupakan faktor risiko bagi penyakit jantung dan strok. Lelaki yang meminum 12 auns minuman yang dimaniskan dengan gula sehari menghadapi 20 peratus lebih tinggi risiko untuk menghidap penyakit jantung berbanding lelaki yang tidak minum sebarang minuman yang dimaniskan dengan gula, menurut hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam Circulation, jurnal Persatuan Jantung Amerika. "Kajian ini menambahkan lagi bukti yang kian meningkat bahawa minuman bergula membahayakan kesihatan kardiovaskular," kata Frank B. Hu, M.D., Ph.D., penulis utama kajian ini merangkap profesor nutrisi dan epidemiologi di sekolah Kesihatan Awam, Harvard University, Boston, Mass. "Pasti sekali, ia memberi alasan yang kukuh bagi mengurangkan pengambilan minuman bergula dikalangan para pesakit, dan lebih penting, dikalangan populasi umum."
Setiap hari, seorang yang anda kenali mungkin didiagnoskan menghidap diabetes. Namun, kita sedikit pun tidak mempedulikannya, kerana kita sangka penyakit tersebut tidak akan melibatkan diri kita. Ramai antara kita bersalah kerana mengabaikan pemeriksaan darah secara kerap. Terdapat berjuta manusia yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai paras gula yang tinggi. Sesetengah orang berpendapat "tidak tahu tidak apa. Mereka berasa lebih selesa kalau tidak mengetahui perkara sebenarnya. Cara yang terbaik ialah amalkan gaya hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan darah secara kerap dan kurangkan pengambilan minuman yang bergula.
Gula - kaitan dengan diabetes
Hubungan antara diabetes dan gula paling jelas apabila para penyelidik mengkaji minuman bergula. Menurut seorang penyelidik, Vasanti Malik dan pasukannya dari Harvard ketika meringkaskan keputusan daripada lapan kajian yang melibatkan lebih 300,000 orang, menyimpulkan, "bagi setiap 12 auns hidangan (tin yang biasa) minuman yang dimaniskan dengan gula yang anda minum setiap hari, anda akan meningkatkan kira-kira 15% risiko untuk menghidapi diabetes," ujar Malik.
Tahukah anda, minuman panas 3-dalam-1 yang anda biasa minum, seperti kopi putih, malt coklat atau teh, mengandungi terlalu banyak gula di dalamnya - purata antara 3-4 sudu teh dalam satu hidangan! Oleh itu, jika anda mengambil 2 cawan atau lebih minuman ini, anda pasti akan melebihi kuota gula harian sebagai yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika, iaitu tidak lebih daripada 6 sudu teh sehari gula tambahan sehari untuk wanita dan 9 sudu teh untuk lelaki.
Sekarang kita boleh dapatkan minuman 3-dalam-1 tanpa gula termasuk kopi putih yang menjadi kegemaran setiap orang. Jenis lain yang boleh didapati termasuk malt coklat dan oat dan bijirin, yang juga menjadi pilihan ramai.
Kemanisan stevia yang sihat
Stevia, juga dikenali sebagai 'daun manis' atau stevia rebaudiana, adalah 300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Pati stevia diperbuat daripada bahagian daun stevia yang paling manis yang dikenali sebagai Rebiana A (Reb-A).
Malah, yang paling mendapat perhatian tentang stevia dan diabetes ialah stevia dapat meningkatkan sensitiviti insulin; maksudnya, ia mungkin dapat mengurangkan penentangan insulin, dengan itu membantu sel-sel menggunakan insulin.
Pati stevia, mempunyai pengkadaran indeks glycaemic pada tahap sifar, manakala sukrosa mempunyai pengkadaran indeks glycaemic yang sederhana, 65, dan glukosa pula mempunyai pengkadaran indeks glycaemic, 100. Indeks glycaemic ialah sistem yang mengukur keberkesanan karbohidrat tertentu terhadap paras glukosa darah; malah sebenarnya, ia mengukur paras insulin. Oleh kerana stevia mempunyai pengkadaran sifar, ia tidak menaikkan paras glukosa darah. Oleh yang demikian, ia merupakan pilihan yang paling baik untuk diambil oleh penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang prihatin tentang kesihatan.
Di samping baik untuk kesihatan, pati stevia juga adalah selamat dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan. Pada Disember 2008, Food and Drug Administration (FDA) U.S., dengan rasminya menganugerahkan status GRAS (generally recognized as safe) kepada Reb-A berketulenan tinggi, untuk digunakan sebagai pemanis umum.
Tahukah anda bahawa stevia telah diluluskan sebagai pemanis di Jepun sejak tahun 70-an, dan kini mengambil tempat sebagai pemanis nombor satu di negara itu, dengan menguasai lebih 40% pasaran. Semua ini dicapai tanpa mendapat sebarang laporan buruk tentang kesan sampingan yang tidak diingini!
Oleh itu, pemanis semulajadi berkalori rendah yang menggunakan Reb-A berketulenan tinggi diperbuat daripada stevia, didapati lebih selamat berbanding kesan-kesan sampingan potensi yang dibawa oleh pemanis-pemanis tiruan lain. Sehingga kini, tidak terdapat sebarang kesan sampingan yang terbukti daripada stevia Reb-A, bukan seperti yang dibawa oleh pemanis-pemanis tiruan seperti aspartame dan saccharin.
Stevia sebagai pemanis semulajadi, tidak mempunyai rasa yang sama seperti gula; namun ia tetap menjadi pengganti yang terbaik bagi gula tebu. (Dari segi kemanisan, tidak ada pemanis lain, sama ada semulajadi atau tiruan, boleh menandingi gula kerana gula merupakan 'piawaian emas,' sebab kita sudah biasa dengan gula sejak kita dilahirkan.)
Minuman 3-dalam-1 bebas gula yang dimaniskan dengan pati stevia
Kita semua tahu betapa susahnya hendak menolak kelazatan meminum kopi atau malt coklat yang bergula. Kita terasa seolah-olah kita menafikan orang yang tersayang daripada menikmati kemanisan hidup. Kita sekali-kali tidak sampai hati hendak menghalang mereka daripada memasukkan gula ke dalam minuman mereka, tanpa menyinggung perasaan mereka atau melihat kecewaan terukir di muka mereka?
Kini anda boleh dapati minuman 3-dalam-1 tanpa gula yang sedap rasanya dalam bentuk kopi putih, malt coklat dan oat dan bijirin yang dimaniskan dengan stevia, pemanis semulajadi di kedai farmasi persendirian, rangkaian kedai farmasi terpilih, kedai runcit dan juga pasar mini. Dapatkan minuman 3-dalam-1 tanpa gula ini dan kembalikan semula kemanisan dan kesihatan dalam hidup anda.
<< back
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai minuman Eversweett 3-dalam-1 bebas gula, sila hubungi INFOline Eversweett 03-6142 6570 (Isnin-Jumaat: 9pg-5ptg) atau email: enquiries@eversweett.com atau layari www.eversweett.com