Pengambilan Gula Dikalangan Rakyat Malaysia: Fakta yang Menggerunkan!

Hari Diabetes Sedunia yang dilancarkan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (International Diabetes Federation (IDF) dan WHO diraikan pada 14 November setiap tahun sempena hari jadi Frederick Banting. Beliau ialah seorang saintis perubatan Kanada, juga seorang doktor dan pemegang anugerah Nobel Laureate, terkenal sebagai salah seorang tokoh penting dalam penemuan insulin.

Tujuan Hari Diabetes Sedunia ialah untuk meningkatkan kesedaran global terhadap penyakit diabetes - kemerebakan pandemiknya serta bagaimana hendak mencegah penyakit ini dalam kebanyakan kes. WHO menganggarkan lebih daripada 346 juta manusia seluruh dunia menghidapi diabetes. Kemungkinan besar angka ini akan bertambah lebih dua kali ganda menjelang 2030, sekiranya tanpa sebarang tindakan pencegahan. Hampir 80% daripada kematian akibat diabetes berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut Kajian Morbiditi dan Kesihatan Nasional (National Health and Morbidity Survey (NHMS)) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - seorang daripada tujuh orang warga Malaysia menghidapi diabetes. Namun, ini mungkin merupakan hanyalah sedikit sahaja daripada angka sebenar. Ramai pakar terkemuka dalam masyarakat perubatan dan nutrisi Malaysia kini percaya diabetes menimpa sehingga sebanyak 22% daripada populasi negara ini. Ini bermakna seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia menderita penyakit diabetes - satu fakta yang amat menakutkan. Sebelum kita teruskan, biarlah saya berkongsi pendapat dengan anda tentang apakah itu sebenarnya diabetes.

Takrif Diabetes

Diabetes atau kencing manis ialah sejenis penyakit di mana paras glukosa darah berada di atas paras normal. Kebanyakan makanan yang dimakan, ditukar menjadi glukosa (gula) supaya ia dapat digunakan oleh badan untuk menjana tenaga. Pankreas, sejenis organ yang terletak berhampiran perut, mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai 'insulin' untuk membantu glukosa memasuki sel badan. Apabila anda menghidap diabetes, badan anda, sama ada tidak dapat mengeluarkan cukup insulin, atau tidak berupaya menggunakan insulinnya sendiri, sebagaimana yang sepatutnya. Ini menyebabkan gula mengumpul dalam darah.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Paras Gula Darah yang Lebih Sihat:

  • Kekalkan berat badan yang sihat
  • Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu mengurangkan berat badan itu. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan sentiasa bergiat aktif dari segi fizikal.

  • Aktif Secara Fizikal
  • Tidak perlu melakukan senaman berat dan bertenaga di jimnasium, tetapi berjalan kaki atau menaiki tangga bukan menaiki lif, sebenarnya sudah cukup untuk membantu.

  • Pilih Bijirin lengkap
  • Tukarkan beras putih dengan beras perang dan pastikan masakan pasta anda diperbuat daripada gandum lengkap.

  • Elakkan Makanan Ringan Bergula
  • Jauhi kek, biskut manis, kuih-muih, coklat dan gula-gula, kerana makanan ini pasti sekali tidak sihat lagi merosakkan kesihatan anda. Menurut Persatuan Jantung Amerika (AHA), pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan keadaan kesihatan yang tidak baik termasuk obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida yang tinggi, yang semuanya merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok.

  • Kurangkan Minuman Bergula
  • Godaan dan tarikan kadangkala susah hendak ditentang, tetapi mengurangkan perkara ini daripada pemakanan anda merupakan langkah yang hebat ke arah pengekalan paras gula darah yang lebih sihat. Ini termasuk semua minuman ringan berkarbonat, jus segar buahan, malah teh tarik. Biar saya perluaskan lagi huraian mengenai bahaya gula.

Ancaman Gula

Pakar kesihatan kini sedang berdebat bahawa gula cukup berbahaya sehingga ia boleh diletakkan sama tarafnya seperti tembakau dan alkohol. Akhirnya, gula akan menjadi satu krisis kesihatan awam, oleh itu setiap orang perlu berusaha untuk menghadkan penggunaanya. Malaysia merupakan pengguna gula kelapan tertinggi di dunia dan keempat di Asia.

Kerajaan Malaysia membelanjakan berjuta ringgit untuk mendidik orang awam mengenai bahaya gula melalui kempen dan iklan - satu rayuan kepada orang ramai untuk mengurangkan gula. Pada masa ini, secara purata mengikut perangkaan, seorang warganegara Malaysia mengambil 19 sudu teh gula setiap hari! Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan tidak lebih daripada 6 sudu teh setiap hari gula tambahan bagi wanita dan tidak lebih daripada 9 sudu teh untuk lelaki.

Stevia - Kemanisan yang Sihat

Stevia, juga dikenali sebagai 'daun manis' atau stevia rebaudiana, adalah 300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Pati stevia diperbuat daripada bahagian daun stevia yang paling manis dikenali sebagai Rebiana A (Reb-A).

Pada Disember 2008, Food and Drug Administration (FDA) U.S., dengan rasminya menganugerahkan status GRAS (generally recognized as safe) kepada Reb-A berketulenan tinggi, untuk digunakan sebagai pemanis. Oleh itu, pemanis semulajadi berkalori rendah yang menggunakan Reb-A berketulenan tinggi diperbuat daripada stevia, didapati lebih selamat berbanding kesan sampingan yang dibawa oleh pemanis tiruan. Sehingga kini, tidak terdapat sebarang kesan sampingan yang terbukti daripada stevia Reb-A, bukan seperti yang dibawa oleh pemanis tiruan seperti aspartame dan saccharin.

Oleh kerana pati stevia tidak menaikkan paras gula darah, maka ia merupakan satu pilihan unggul untuk penghidap pra diabetes dan diabetes serta mereka yang prihatin tentang kesihatan.

Stevia sebagai pemanis semulajadi, tidak mempunyai rasa yang sama seperti gula; namun ia tetap merupakan pengganti terbaik untuk gula tebu. (Dari segi kemanisan, tidak ada pemanis lain, sama ada semulajadi atau tiruan, boleh menandingi gula kerana gula merupakan 'piawaian emas' sebab kita sudah biasa dengan gula sejak kita dilahirkan.)

Minuman 3-dalam-1 Tanpa Gula yang Dimaniskan dengan Pati Stevia

Kini anda boleh dapatkan minuman 3-dalam-1 tanpa gula dalam bentuk kopi putih, malt coklat dan oat dan bijirin yang dimaniskan dengan stevia, pemanis semulajadi di kedai farmasi terkemuka, pasar raya terpilih dan juga pasar mini. Minuman 3-dalam-1 tanpa gula adalah pilihan yang lebih sihat untuk anda!

Rujukan:

  1. Malaysian Diabetes Association
  2. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2006, Ministry of Health (MOH)
  3. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK)
    of the National Institute of Health, USA
  4. Diabetes UK, www.diabetic.org.uk
  5. American Heart Association (AHA)


<< back

 


Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai minuman Eversweett 3-dalam-1 bebas gula, sila hubungi INFOline Eversweett 03-6142 6570 (Isnin-Jumaat: 9pg-5ptg) atau email: enquiries@eversweett.com atau layari www.eversweett.com