FAQ
Kurangkan pengambilan gula untuk kesihatan menyeluruh
Diet yang tinggi dengan kandungan gula, garam dan kolesterol boleh menjejaskan kesihatan jantung anda. Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association- ASA) telah menambahkan gula kepada senarai tersebut.
Menurut AHA, pengambilan gula yang tinggi berkait dengan beberapa masalah kesihatan, termasuklah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, keradangan/inflamasi dan paras trigliserida yang tinggi, di mana kesemua ini merupakan faktor risiko untuk penyakit jantung dan strok.
Apa itu gula?
Hablur gula pasir berwarna putih, juga dikenali sebagai sukrosa, adalah bentuk gula paling umum. Bentuk lain termasuklah sirap jagung berfruktosa tinggi, glukosa, madu and sirap mapel.
Adakah bentuk gula tertentu lebih baik berbanding yang lain?
Kalori gula tetap kalori gula, tidak kira anda memperolehinya daripada gula biasa atau bentuk gula yang lain,anda masih menambahkan kalori diet anda. Pendek kata: gula tetap gula.
Adakah gula menyebabkan diabetes?
Memakan gula itu sendiri tidak menyebabkan disbetes. Namun begitu, pengambilan gula yang tinggi menyumbang kepada berat badan dan obesiti, di mana berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko mendapat diabetes. Mereka yang mengalami diabetes memantau pengambilan gula bagi mengawal paras gula darah.
Bolehkah gula memudaratkan kolesterol?
Para penyelidik telah menemui hubungkait antara pengambilan gula yang tinggi dan paras lemak dalam darah, yang tidak sihat-paras kolesterol HDL (baik) yang lebih rendah dan paras trigliserida yang lebih tinggi.
Satu Kajian yang baru diterbitkan dalam Journal of the American Medical Assiciation (JAMA) mendapati, mereka yang paling banyak mengambil gula, mempunyai paras trigliserida darah tertinggi dan paras kolesterol HDL (baik) terendah. Kajian itu mendapati pengambilan gula secara berlebihan meningkatkan kemungkinan sehingga melebihi tiga kali ganda untuk paras kolesterol HDL yang rendah, suatu faktor risiko yang sangat kuat untuk penyakit jantung.
Sebaliknya, mereka yang mengambil gula paling sedikit, mempunyai paras trigliserida terendah dan paras kolesterol HDL tertinggi, suatu faktor pelindung daripada penyakit jantung.

Adakah kita terlalu banyak mengambil gula?
Gula tiada membekalkan sebarang zat, hanya kalori berlebihan yang boleh menyumbang kepada kegemukan dan obesiti. Di Malaysia, purata pengambilan gula seseorang individu adalah terlalu tinggi, kira-kira 19 sudu the atau 76 gram gula sehari. Itu menjadikan 300 kalori sehari adalah daripada gula sahaja!
Persatuan Jantung Amerika (AHA) menyarankan agar wanita mengambil gula tidak melebihi 6 sudu the atau 25 gram (100 kalori) sehari manakala lelaki pula tidak melebihi 9 sudu the atau 37.5 gram (150 kalori) sehari. Minuman yang menggunakan gula sebagai pemanis adalah penyumbang utama gula tambahan.

Kalau digantikan dengan bahan pemanis tiruan seperti Aspartame atau Sucralose?
Persoalan berkait dengan pemanis tiruan adalah samada ianya benar-benar selamat sebagaimana didakwa.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aspek keselamatan, hanya perlu melayari internet dan taipkan:
Periksa label produk untuk Aspartame atau Sucralose.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aspek keselamatan, hanya perlu melayari internet dan taipkan:
- "Aspartame" kesan sampingan (side effects) atau keracunan (poisoning) atau amaran bahaya (dangers)
- "Sucralose" kesan sampingan(side effects) atau amaran bahaya (dangers)
Periksa label produk untuk Aspartame atau Sucralose.
Bagaimana jika digantikan dengan bahan pemanis semula jadi?
Ekstrak Stevia berketulenan tinggi (EverSweett™) yang diperolehi daripada tumbuhan Sweetleat, adalah pengganti gula yang sangat baik.
Selain daripada rasanya yang sedap, ekstrak Stevia tiada mengandungi kalori, tiada kesan pada gula darah dan keselamatan telah diluluskan oleh FDA Amerika. Ianya satu cara memenuhi citarasa anda terhadap makanan manis, tanpa gula!