Perubahan Gaya Hidup dan Manisnya Kesihatan

Diabetes ialah sejenis penyakit yang tidak mungkin boleh dipulihkan. Ia boleh memusnahkan kehidupan kita. Ramai orang menyangka bahawa mengambil ubatan hanya satunya jalan untuk menyelamatkan nyawa mereka. Namun demikian, pengawalan gula darah yang tidak terurus dengan baik dalam jangka masa yang panjang akan mengundang beberapa komplikasi termasuk penyakit jantung, penyakit buah pinggang, retinopati dan neuropati. Malangnya, hanya sedikit sahaja bilangan mereka yang diberi tahu bahawa semua komplikasi ini, pada sebahagian besarnya mampu dicegah dengan mengubah gaya hidup, yang termask pemakanan, mengambil suplemen nutrisi, senaman yang kerap, di samping selalu mengambil berat tentang beberapa ujian perubatan penting yang mudah, seperti HbA1c, pemeriksaan mata yang kerap dan lain-lain.

Di bawah ini dihuraikan beberapa cara yang mudah tetapi penting untuk mencegah komplikasi yang dikaitkan dengan paras gula darah yang tinggi.

Perubahan gaya hidup:

a) Pemakanan (diet) - Meskipun anda menghidapi pra diabetes atau diabetes, ini tidak seharusnya menghalang anda daripada menikmati berbagai jenis makanan. Tujuannya ialah untuk membiasakan makan makanan yang seimbang dengan jumlah yang betul. Untuk mengetahui dengan jelas apa yang patut anda makan mungkin susah dan mengelirukan. Namun, ada beberapa prinsip asas yang telah tahan diuji sejak zaman berzaman. Di bawah ini terdapat beberapa petua yang boleh digunakan untuk membuat pilihan yang sihat terhadap makanan, untuk anda dan juga untuk seluruh ahli keluarga anda.

  • Makan sayuran dan buahan dengan banyak. Pilihlah daripada berbagai warna yang boleh didapati untuk mempelbagaikan jenis dan kelainannya.
  • Makanlah sayuran yang tidak berkanji, seperti bayam, lobak merah, brokoli atau kacang hijau bersama hidangan anda.
  • Pilih makanan daripada bijirin asli bukan produk daripada bijirin yang diproses. Pilih beras perang daripada beras putih dan roti gandum penuh bukan roti putih.
  • Buang kulit daripada semua jenis daging seperti daging ayam dan lain-lain.
  • Kurangkan makanan ringan yang berkalori tinggi dan pencuci mulut, seperti keropok, biskut, kek dan aiskrim yang berlemak penuh.
  • Kurangkan pengambilan minuman yang sarat gula; sebaliknya pilihlah minuman alternatif yang bebas gula, seperti minuman yang dimaniskan dengan pati stevia semulajadi yang diperolehi daripada bahagian daun stevia yang paling manis, dikenali sebagai Rebiana A (Reb-A).

b) Senaman yang Kerap - Senaman merupakan sebahagian daripada gaya hidup yang sihat untuk semua orang, dan ia khususnya amat penting bagi mereka yang menghidapi pra diabetes dan diabetes. Tetapi senaman tidak seharusnya bermakna melakukan larian marathon atau melakukan tekan-tubi sambil mengangkat 100kg berat. Tujuannya semata-mata ialah agar anda selalu bergiat aktif dan terus kekal aktif dengan melakukan kegiatan yang anda gemari, dari berkebun ke bermain tenis dan berjalan-jalan bersama kawan-kawan anda.

c) Melakukan ujian-ujian perubatan secara kerap - ini termasuk:

  1. HbA1c
  2. Ujian HbA1c (ujian haemoglobin A1c, glycosylated haemoglobin A1c, glycohaemoglobin A1c atau A1c) merupakan satu ujian makmal, yang menunjukkan purata paras glukosa darah sepanjang tempoh dua atau tiga bulan. Khususnya, ia mengukur bilangan molekul glukosa yang terikat kepada haemoglobin, sejenis jisim yang wujud dalam sel darah merah. Mereka yang tidak menghidapi diabetes, pada umumnya, mempunyai paras HbA1c kurang daripada 6%. Ini bermakna kurang 6% daripada molekul haemoglobin mempunyai glukosa yang kekal terikat kepadanya.

    Berdasarkan hasil kajian, seperti Ujian Pengawalan dan Komplikasi diabetes (Diabetes Control and Complications Trial (DCCT)), yang menunjukkan bahawa kawalan glukosa darah yang ketat boleh mengurangkan risiko dihidapi penyakit mata diabetes, serta penyakit saraf dan buah pinggang. Oleh itu, Persatuan Diabetes Amerika (American Diabetes Association (ADA)) mengesyorkan mereka yang menghidapi diabetes supaya cuba mengekalkan paras HbA1c di bawah 7 %.

  3. Pemeriksaan mata
  4. Jika anda menghidap diabetes, anda perlu melakukan pemeriksaan mata dilasi secara menyeluruh sekurang-kurangnya sekali setahun. Jika anda menghidapi retinopati diabetes, anda mungkin perlukan pemeriksaan mata yang lebih kerap.

Titik Permulaan

Adakah anda rasa bahawa terlalu banyak perubahan yang hendak dilakukan terhadap gaya hidup anda sehingga anda tidak tahu di mana dan bagaimana hendak memulakannya? Mengapa tidak mulakan dengan memotong pengambilan gula dengan mengurangkan minuman bergula termasuk jus buahan, kola, minuman sukan, teh herba yang dimaniskan, malah kopi atau teh yang anda minum setiap hari yang mengandungi gula tambahan atau susu pekat manis hendaklah dikurangkan. Sememangnya, ini akan mengambil masa sebelum anda boleh menikmati minuman anda tanpa sebarang kemanisan. Ataupun pilihlah minuman yang sihat yang dimaniskan dengan stevia.

Kini anda boleh menikmati kemanisan yang sihat tanpa berasa bersalah, kerana stevia tidak menjejaskan paras gula darah!

Pemanis Semulajadi - Pati Stevia

Pati stevia diperbuat daripada bahagian daun stevia yang paling manis; kira-kira 300 kali lebih manis daripada gula biasa tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Oleh kerana ia bebas kalori dan tidak menaikkan paras gula darah, ia adalah pilihan unggul bagi penghidap pra diabetes dan diabetes, serta mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.

Stevia sebagai pemanis semulajadi, tidak mempunyai rasa yang sama seperti gula; namun ia tetap menjadi pengganti yang terbaik untuk gula tebu. (Dari segi kemanisan, tidak ada pemanis lain, baik semulajadi mahupun tiruan, boleh menandingi gula, kerana gula merupakan 'piawaian emas' sebab kita sudah biasa dengan gula sejak kita dilahirkan.)

Berita Baik untuk Warga Malayasia

Rakyat Malaysia masih boleh menikmati kesejahteraan harian mereka dengan memilih sekumpulan minuman yang sedap 3-dalam-1 tanpa gula yang datang dalam 3 gubahan - iaitu kopi putih, malt coklat dan oat & bijirin (vanilla) yang dimaniskan dengan stevia, pemanis semulajadi. Cubalah hari ini! Kembalikan semula kemanisan ke dalam hidup anda. Minuman tanpa gula 3-dalam-1 sangat disyorkan untuk anda. Ia adalah pilihan yang lebih sihat! Produk ini dapat dibeli di semua farmasi persendirian, rangkaian farmasi terpilih, kedai runcit dan pasar mini di seluruh negara.
<< back

 


Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai minuman Eversweett 3-dalam-1 bebas gula, sila hubungi INFOline Eversweett 03-6142 6570 (Isnin-Jumaat: 9pg-5ptg) atau email: enquiries@eversweett.com atau layari www.eversweett.com