Dengan ukur lilit pinggang yang semakin memboroi dan paras gula darah meningkat dengan mendadak pada badan ramai orang, maka keperluan untuk mencari pilihan pemanis yang sihat untuk menggantikan gula kini kian mendesak.
Minuman ringan, minuman untuk bersukan, minuman tenaga, jus buahan, kopi, teh, malt coklat, donat, kuih-muih, pelbagai biskut, muffin, kek cawan, benda-benda manis yang lain seperti cendol, ais kacang dan sebagainya. Senarai makanan manis yang menggoda selera anda tidak berkesudahan.
Tetapi malangnya, pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan yang tidak baik, termasuk kegemukan (obesiti), tekanan darah tinggi, diabetis, trigliserida, radang, semuanya ini merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok.
Hubungkaitnya antara diabetis dan gula adalah amat jelas apabila para penyelidik mengkaji minuman bergula. Vasanti Malik penyelidik dari Harvard menerangkan beliau dan rakan-rakan menyimpulkan hasil daripada lapan kajian; dan analisis meta ini mengumpulkan data yang diperolehi daripada 300,000 orang. Keputusannya: "Bagi setiap 12oz. minuman (dalam tin saiz biasa) dimaniskan dengan gula yang anda makan setiap hari, didapati kira-kira 15% peningkatan risiko untuk mendapat kencing manis," kata Malik.
Wabak Diabetes
Lebih 346 juta orang di seluruh dunia menghidapi diabetes. Jelas sekali, wabak besar diabetes telah muncul di seluruh dunia, dan puncanya boleh dijejaki daripada bermulanya peningkatan mendadak lebihan berat badan, kegemukan (obesiti) dan tidak aktif dari segi fizikal.
Di negara ini, menurut Kajian Morbiditi dan Kesihatan Nasional (NHMS) 2006 yang dikelolakan oleh Kementerian Kesihatan, didapati seorang daripada tujuh orang warga Malaysia menghidapi diabetes. Namun, ini mungkin hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar. Ramai pakar terkemuka dalam perubatan dan nutrisi kini mempercayai diabetes melibatkan jumlah yang besar sehingga sebanyak 22% daripada populasi negara ini - ini bermakna seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidapi diabetes.
Tetapi malangnya, sedikit sahaja di kalangan mereka diberitahu semua komplikasi ini boleh dicegah dengan merubah gaya hidup termasuk pemakanan (diet), mengambil suplemen nutrisi, senaman yang kerap di samping melakukan beberapa ujian atau pemeriksaan perubatan yang mudah, seperti HbA1c, termasuk pemeriksaan mata secara kerap dan sebagainya.
Di bawah ini diterangkan beberapa cara mudah tetapi penting untuk mencegah komplikasi berkaitan dengan paras gula darah yang tinggi.
Perubahan Gaya Hidup
a) Senaman yang kerap - Senaman atau beriadah adalah sebahagian daripada gaya hidup yang sihat untuk semua orang, dan ia adalah penting khususnya untuk mereka yang menghidapi diabetes. Tetapi senaman tidak seharusnya bermakna berlari ¡®marathon¡¯ atau mengangkat berat sehingga 100kg. Matlamatnya ialah supaya anda menjadi aktif dengan melakukan aktiviti yang anda suka seperti berkebun dan bermain tennis atau berjalan kaki dengan kawan anda.
b) Pemakanan (diet) - Menghidapi diabetes, seharusnya tidak menyekat anda daripada menikmati pelbagai jenis makanan. Tujuannya ialah untuk belajar memakan makanan seimbang dengan jumlah yang wajar. Untuk mengetahui dengan tepat apa yang patut anda makan mungkin mengelirukan. Namun, ada beberapa prinsip asas yang telah lama digunapakai. Berikut ini diterangkan beberapa panduan atau petua bagaimana hendak memilih makanan untuk anda dan seluruh keluarga anda.
Stevia
Juga dikenali sebagai 'daun manis' atau Stevia rebaudiana, stevia adalah kira-kira 300 kali ganda lebih manis daripada gula biasa tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Pati stevia diperbuat daripada bahagian daun stevia yang paling manis.
Di samping rasanya sedap, pati stevia ini selamat dimakan lagipun tidak membawa sebarang kesan sampingan. Pada Disember 2008, Pentadbiran Makanan dan Drug U.S. (U.S. Food and Drug Administration (FDA)) dengan rasminya menganugerahkan status GRAS (generally recognized as safe (umumnya diiktiraf sebagai selamat)) kepada Reb-A yang berketulenan tinggi untuk digunakan sebagai pemanis umum serbaguna. Setelah itu, pemanis semulajadi rendah kalori yang menggunakan Reb-A berketulenan tinggi diperbuat daripada stevia ini didapati lebih selamat berbanding kesan sampingan yang dibawa oleh pemanis tiruan. Sehingga kini, tidak terdapat sebarang kesan sampingan yang terbukti pada pati stevia sepertimana yang dibawa oleh pemanis tiruan seperti aspartame dan saccharin.
Pati stevia tidak mempunyai sebarang kalori serta tidak menaikkan paras gula darah, kerana itu ia merupakan pilihan unggul untuk para penghidap pra kencing manis, kencing manis dan mereka yang berprihatin tentang kesihatan.
Stevia sebagai pemanis semulajadi tidak mempunyai rasa yang sama seperti gula walaupun ia merupakan pengganti gula tebu yang terbaik. (Jika dibandingkan dari segi kemanisan, sememangnya tidak ada pemanis lain, sama ada semulajadi atau tiruan yang boleh menyamai gula kerana gula adalah 'piawaian emas' sebab kita sudah biasa dengan gula sejak kita dilahirkan.)
Minuman 3-dalam-1 Tanpa Gula Dimaniskan Dengan Pati Stevia
Apa yang menyedihkan ialah menghalang mereka yang tersayang daripada menikmati keseronokan meminum kopi atau coklat malt. Sampai hatikah anda bertindak menegah mereka yang tersayang supaya tidak memasukkan gula ke dalam minuman mereka, tanpa menyinggung perasaan mereka atau melihat perasaan kecewa terukir di muka mereka?
Mujurlah ada jawapannya. Kini anda boleh dapatkan minuman 3-dalam-1 tanpa gula yang sedap, iaitu kopi putih, coklat malt serta oat danbijirin yang dimaniskan dengan stevia, pemanis semulajadi. Dapatkannya di kedai farmasi persendirian, rangkaian farmasi terpilih, kedai runcit dan pasar mini. Dapatkanlah minuman 3-dalam-1 tanpa ini dan kembalikanlah semula kemanisan yang sihat kepada hidup anda.
<< back
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai minuman Eversweett 3-dalam-1 bebas gula, sila hubungi INFOline Eversweett 03-6142 6570 (Isnin-Jumaat: 9pg-5ptg) atau email: enquiries@eversweett.com atau layari www.eversweett.com

- Makan sayuran dan buahan dengan banyak. Pilih daripada pelbagai warna yang boleh didapati untuk memaksimumkan kepelbagaian makanan tersebut.
- Makan sayuran yang tidak berkanji, seperti bayam, lobak merah, brokoli atau kacang hijau bersama sarapan.
- Pilih makanan yang mengandungi bijirin asli daripada yang mengandungi bijirin yang diproses. Pilih beras perang daripada beras putih dan roti gandum asli daripada roti putih.
- Kurangkan memakan snek dan pembasuh mulut berkalori tinggi, seperti kerepek,biskut, kek dan ais krim yang berlemak penuh.
- Pilihlah minuman panas 3-dalam-1 bebas gula yang dimaniskan dengan pati semulajadi yang diambil daripada bahagian daun stevia yang paling manis, dikenali sebagai Rebiana A (Reb-A).