Ujian kandungan gula dalam darah yang kerap
Gunalah alat pengesan glukosa dalam darah. Ubahsuaikan pemakanan atau perubatan anda (dengan kebenaran doktor anda) sebelum keadaan menjadi lebih runcing.
Pemeriksaan kaki oleh pengamal kesihatan profesional
Penghidap diabetes seharusnya menjalani pemeriksaan kaki secara menyeluruh oleh penjaga kesihatan professional mereka sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memeriksa sama ada terdapat kerosakan saraf.
Jaga berat badan anda dengan pemakanan yang sesuai
Diabetes tidak boleh disembuhkan, tetapi anda mampu mengawalnya dengan berkesan. Rujuk doktor anda tentang rancangan untuk mengurangkan berat badan secara sihat. Kurangkan pengambilan berlebihan bahan-bahan seperti garam, lemak, kefin dan alkohol. Elakkan sepenuhnya gula dan karbohidrat yang diproses (seperti, nasi putih, mi, roti, biskut, dan lain-lain) dan makanlah karbohidrat kompleks, seperti buahan, sayuran dan bijirin penuh, seperti oat dan beras perang.
Makan tepat pada waktunya
Elakkan daripada terlepas waktu makan atau makan lewat daripada biasa. Ini boleh menyebabkan paras gula dalam darah anda menurun dan akan membawa banyak gejala yang tidak diingini, yang paling buruk sekali ialah koma diabetis. Makan sedikit secara kerap adalah lebih baik daripada makan dengan kuantiti hidangan yang banyak.
Pengambilan suplemen nutrisi yang wajar
Ambil Mecobalamin, bentuk Vitamin B12 yang aktif, untuk membantu mewujudkan saraf yang sihat dan melindungi daripada proses kemerosotan sistem saraf.
Bersenam secara kerap
Senaman membantu membakar lemak badan yang berlebihan dan ini akan menghasilkan peningkatan kesensitifan insulin.
Berhenti merokok sekarang!
Asap rokok mengeluarkan radikal bebas, satu unsur yang tidak diingini kerana penghidap diabetes sudah pun banyak menjana radikal bebas hasil daripada proses glikasi. Ini boleh mengakibatkan kemungkinan berlakunya komplikasi kesihatan seperti penyakit mata, jantung, strok, vaskular, kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf, masalah kaki dan sebagainya.